Papan Tanda (Signboard) Outlet Harbour Mart

TAJUK: TAWARAN TENDER MEREKACIPTA, MEMBINA DAN MEMASANG PAPAN TANDA (SIGNBOARD) DI SETIAP CAWANGAN OUTLET HARBOUR MART SELURUH MALAYSIA MENGIKUT PESANAN PIHAK HARBOUR MALAYSIA GROUP
(TERBUKA KEPADA AHLI HMG SAHAJA)

 

HMG menawarkan tender terbuka kepada ahli HMG untuk merekacipta, membina dan memasang papan tanda (signboard) Outlet Harbour Mart. Pembida boleh menyampaikan idea dan rekacipta tersendiri yang bersesuaian dengan konsep Outlet Harbour Mart.

Antara perkara-perkara yang perlu diterapkan di dalam rekacipta tersebut adalah seperti berikut;

  • Logo HM wajib ada di papan tanda.
  • Warna asas mesti menggabungkan tiga warna iaitu Hitam, Putih dan Gold. Tetapi sekiranya anda mempunyai konsep warna yang lebih menyerlahkan outlet, anda dialu-alukan menyampaikan idea tersebut.
  • Bahan binaan adalah terbuka.

Perkataan dan logo yang wajib ada di papan tanda seperti berikut,

  • Logo HMG
  • Perkataan “OUTLET HARBOUR MART”
  • Perkataan “CAWANGAN [ daerah, negeri]”. Contoh CAWANGAN AMPANG, WILAYAH PERSEKUTUAN.
  • Perkataan ” DIMILIKI OLEH HARBOUR MALAYSIA GROUP”

Kuantiti yang diperlukan adalah sebanyak 1000 unit, tetapi pesanan dan penghantaran adalah berperingkat mengikut jadual dan keperluan yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya anda berminat untuk merekacipta dan membekal papan tanda Outlet Harbour Mart secara tender terbuka, sila hubungi kami untuk di HQ Ampang, Wilayah Persekutuan, untuk maklumat lanjut.

Email: info@harbourmalaysia.com, hmgroup2u@gmail.com