Kaunter Jualan & Pameran Outlet Harbour Mart

TAJUK: TAWARAN TENDER MEREKACIPTA, MEMBINA DAN MEMASANG KAUNTER DI SETIAP CAWANGAN OUTLET HARBOUR MART SELURUH MALAYSIA MENGIKUT PESANAN PIHAK HARBOUR MALAYSIA GROUP
(TERBUKA KEPADA AHLI HMG SAHAJA)

 

HMG menawarkan tender terbuka kepada ahli HMG untuk merekacipta, membina dan memasang kaunter jualan di Outlet Harbour Mart. Berikut adalah contoh kaunter yang dimaksudkan. Ini hanyalah idea terbuka dan tidak terbatas kepada rekacipta tersebut. Pembida boleh menyampaikan idea dan rekacipta tersendiri yang bersesuaian dengan konsep Outlet Harbour Mart.

Antara perkara-perkara yang perlu diterapkan di dalam rekacipta tersebut adalah seperti berikut;

  • Logo HM di hadapan kaunter.
  • Kabinet boleh dibuka dan dipasang supaya mudah disesuaikan dengan  susun atur ruang outlet.
  • Kaunter pameran mesti mempunyai ruang pameran dan rak meletak rokok Harbour. Ruang penyimpanan rokok Harbour mesti berkunci.
  • Rak di belakang kaunter juga menempatkan ruang pameran untuk produk-produk HM.
  • Kaunter jualan mesti mempunyai ruang untuk menempatkan 1 unit mesin jualan (POS) dan 1 unit komputer.
  • Bahan binaan kaunter adalah terbuka.
  • Warna asas mesti menggabungkan tiga warna iaitu Hitam, Putih dan Gold. Tetapi sekiranya anda mempunyai konsep warna yang lebih menyerlahkan pusat pameran dan jualan, anda dialu-alukan menyampaikan idea tersebut.

Kuantiti yang diperlukan adalah sebanyak 1000 unit, tetapi pesanan dan penghantaran adalah berperingkat mengikut jadual dan keperluan yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya anda berminat untuk merekacipta dan membekal kaunter jualan Outlet Harbour Mart secara tender terbuka, sila hubungi kami untuk di HQ Ampang, Wilayah Persekutuan, untuk maklumat lanjut.

Email: info@harbourmalaysia.com, hmgroup2u@gmail.com


 

Papan Tanda (Signboard) Outlet Harbour Mart

TAJUK: TAWARAN TENDER MEREKACIPTA, MEMBINA DAN MEMASANG PAPAN TANDA (SIGNBOARD) DI SETIAP CAWANGAN OUTLET HARBOUR MART SELURUH MALAYSIA MENGIKUT PESANAN PIHAK HARBOUR MALAYSIA GROUP
(TERBUKA KEPADA AHLI HMG SAHAJA)

 

HMG menawarkan tender terbuka kepada ahli HMG untuk merekacipta, membina dan memasang papan tanda (signboard) Outlet Harbour Mart. Pembida boleh menyampaikan idea dan rekacipta tersendiri yang bersesuaian dengan konsep Outlet Harbour Mart.

Antara perkara-perkara yang perlu diterapkan di dalam rekacipta tersebut adalah seperti berikut;

  • Logo HM wajib ada di papan tanda.
  • Warna asas mesti menggabungkan tiga warna iaitu Hitam, Putih dan Gold. Tetapi sekiranya anda mempunyai konsep warna yang lebih menyerlahkan outlet, anda dialu-alukan menyampaikan idea tersebut.
  • Bahan binaan adalah terbuka.

Perkataan dan logo yang wajib ada di papan tanda seperti berikut,

  • Logo HMG
  • Perkataan “OUTLET HARBOUR MART”
  • Perkataan “CAWANGAN [ daerah, negeri]”. Contoh CAWANGAN AMPANG, WILAYAH PERSEKUTUAN.
  • Perkataan ” DIMILIKI OLEH HARBOUR MALAYSIA GROUP”

Kuantiti yang diperlukan adalah sebanyak 1000 unit, tetapi pesanan dan penghantaran adalah berperingkat mengikut jadual dan keperluan yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya anda berminat untuk merekacipta dan membekal papan tanda Outlet Harbour Mart secara tender terbuka, sila hubungi kami untuk di HQ Ampang, Wilayah Persekutuan, untuk maklumat lanjut.

Email: info@harbourmalaysia.com, hmgroup2u@gmail.com